namun ada yg mengujakan hatiku dalam menghintung hari ke penghujung bulan untuk pulang ke kampung bertemu yang tersayang.. i miss them a lots..
Assalamualaikum....Sahabat hati
Monday, 23 December 2013
Menunggu Hari...
Detik..demi detik masa berlalu menunggu ke garisan penghujung bg bulan Disember 2013 ke tahun yg lain membuat aku byk memikir apa yang akan aku rencanakan untuk memulakan kehidupan baru di tahun baru yang semakin mencabar...memikirkan kerjaya yang kabur dalam kabus masa
Thursday, 19 December 2013
sAhAbAt Ku.....
Sahabat teman yang sentiasa disisi
Sahabat teman yang sentiasa dihati
Sahabat teman yang sentiasa diminda
Sahabat teman yang sentiasa dimata
Itulah SAHABAT yang selalu ada tika susah dan senang
kerana dia memahami apa erti sahabat, bkn sekadar bersahabat
Sahabat yang baik akan simpan rahsia sahabatnya,akan selalu menasihatinya
Kerana seorang SAHABAT tidak akan melihat sahabatnya bersedih...seorang diri
Itulah SAHABAT yang selalu ada tika kita memerlukannya
kerana seseorang itu sentiasa meletakan sahabatnya difikiran walau sesibuk manapun dia.
Sahabat yang baik selalu ingin sahabatnya berada dihadapanya
Kerana ada kerisauan dihati dimana wujudnya kasih antara sahabat..
ikatan kasih antara sahabat tidak akan putus bila ada rasa sayang dan percaya.
izInKaN aKu UnTuK bErsYuKuR...
Embun pagi mula menampel didedaunan itu
Sang suria tersenyum padaku dengan sinarnya
Burung-burung berkicau sangat merdu
Bulan dan bintang saatnya pergi bersahaja
Indah nian langit biru menyambutku
Gunung tampak biru begitu indahnya
Inilah persona indahnya ciptaanMu
Yang terkadang tak pernah kunikmati sepanjang masa
Aku telah lama tak melihat keindahan alamMu
Dan kutertidur dalam subuh ketika harusnya bersujud kepadaNya
Begitu indah karya senimu Tuhan
Kau ciptakan keindahan yang luar biasa
Hidungku menghiru udara dengan sejuk atas rahmatMu
Mataku memandang hijau alam maya
Terima kasih Tuhanku...
Engkau masih memberiku waktu untuk menikmati indahnya
Dunia
Izinkanlah diriku bersyukur padaMu
Dan menjalani hariku dengan semangat membara
Terimalah taubatku dan izinka aku bersyukur padaMu
Aku ingin kembali ke jalan yang penuh cahaya
Cahaya terang yang menyinari kehidupanku
Dengan kasih sayangMu wahai Sang Pencipta
Kerana berkat kasih sayangMu
Aku masih bisa menikmati kesempurnaan dunia....
copy.p by ...puisi islam
copy.p by ...puisi islam
Wednesday, 18 December 2013
tAnGiSaN sEoRaNg HaMbaMu....
Dalam hidup ini adakalanya kita perlu menangis, agar kita sedar hidup ini bukan hanya untuk bergembira & berketawa, adakalanya kita perlu ketawa agar kita tahu menghargai nilai setitis air mata, kalau kita tidak merasa kesulitan hari ini, kita tidak akan rasai kemanisan kemudian hari, tidak salah untuk sesekali kita perlu derita untuk mengenal erti bahagia...sesekali kita perlu kecewa untuk kita kenal erti kejayaan..sesekali kita perlu menagis untuk kita syukuri nikmat yang diberi...sesekali kita perlu terhiris untuk kita kenal DIRI SENDIRI... menjadi diri sendiri adalah perkara yang lebih baik daripada kita cuba susahkan diri kita untuk menjadi seseorang yang lain, kadang-kadang kita cuba jadi orang lain untuk memuaskan hati insan lain , tapi pernah ke kita tanya diri kita bahagiakah kita menjadi orang lain??? percayalah pada diri kita sendiri dan yakinlah ada kesempurnaan yang Allah KURNIAKAN pada kita..jadi kita perlu ingat seseorang itu ada kelamahan dan kekurangan masing2...ini akan menjadikan kita seorang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang di KURNIAKAN pada kita...
insan yang lemah
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan, semua itu ketentuan dari-Nya yang menentukan segalanya, sebagai HAMBA-Nya kita hanya mampu berusaha melakukan yang terbaik untuk berada disisi-Nya. Setiap kesempatan yang ada manfaatlah seeloknya jangan sampai kita lemah tertunduk tanpa sempat beramal kepada-Nya. Sesungguhnya AKU juga insan yang lemah tanpa pertunjuk dan tanpa bimbingan daripada yang berilmu..tetapi takan AKU biarkan diri ini selamanya lemah tanpa ilmu-Nya kerana AKU percaya yang esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita, jadi beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang tanpa kita tahu apa yang ada dihadapan dan apa dugaan yang bakal menguji kekuatan IMAN seorang INSAN.
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)